Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Kucing Dua Muka, Dengan Dua Warna Mata Berbeza Tarik Perhatian Di Media Sosial

Quimera, seekor kucing yang menyerupai salah satu karakter dalam komik Batman yang mempunyai ‘dua muka’.

via GIPHY

Fizikalnya sama seperti kucing-kucing yang lain namun warna yang terbentuk melalui mukanya menjadikan ia seekor kucing yang sangat unik.

Bukan hanya mempunyai warna bulu dengan 2 tona berbeza, tetap Quimera juga turut mempunyai 2 warna mata yang berlainan iaitu biru dan kuning.

Menurut ahli genetik, pembentukan jenis ini, digelar ‘chimera’ dibentuk dengan 2 embrio yang berlainan. Jika ia bersatu dengan lebih awal, ia akan membentuk organsima tunggal dimana genetiknya berasal dari dua individu yang berbeza.

Keunikan yang ada pada dirinya membuatkan Quimera mendapat perhatian seluruh dunia. Warna hitam dan coklat yang ada pada mukanya benar-benar mengagumkan selain pantulan warna biru di matanya , menjadikan dirinya seperti 2 ekor kucing yang berbeza.

Sumber: gataquimera