Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kucing Taylor Swift Didakwa Miliki Kekayaan Bernilai RM450 Juta
Kucing milik penyanyi popular Taylor Swift didakwa memiliki kekayaan bernilai $97 juta (RM450 juta).
Kekayaan berkenaan didedahkan melalui The Ultimate Pet Rich List, iaitu senarai haiwan peliharaan terkaya di dunia.
Menurut UNILAD, kucing yang dinamakan Olivia Benson, bersempena watak dalam siri siri Law and Order: SUV itu berada di kedudukan ketiga senarai tersebut.
Taylor Swift, 34, mula memelihara Olivia sejak 2014. Difahamkan, kucing berkenaan meraih populariti luar biasa sejak dibela penyanyi antarabangsa tersebut.
Olivia dikatakan turut tampil dalam pelbagai klik video muzik Taylor Swift selain pernah membintangi beberapa iklan produk terkenal.
Antara iklan yang pernah dibintangi oleh Olivia termasuk Diet Coke dan Ned Sneakers.
Malah, Olivia juga dilapor memiliki koleksi barang cap dagang sendiri yang turut mendapat permintaan tinggi.
Dalam pada itu, mendahului dalam senarai tersebut adalah anjing peliharaan spesis German Shepherd yang dikenali sebagai Gunther VI.
Haiwan peliharaan milik Gunther Corporation itu didakwa miliki kekayaan bernilai $500 juta (RM2.3 bilion).
Kekayaan itu didakwa dikumpul menerusi pelaburan hartanah yang ‘diwarisi’ daripada pemiliknya.
Kedudukan kedua dalam senarai itu pula jatuh kepada Nala Cat, iaitu kucing kepada pemilik sebuah syarikat makanan kucing premium.
Nala didakwa miliki kekayaan bernilai $100 (RM464 juta), antaranya diperolehi menerusi kemunculan bersama produk makanan tersebut.
Terdahulu, Taylor Swift kini muncul sebagai billionaire selepas dianggarkan memiliki kekayaan melebihi $1 bilion (RM4.78 bilion).
Menurut Sky News yang memetik laporan Bloomberg, bintang berkenaan mencapai status tersebut diatas beberapa kejayaan positif yang dicatatkan sejak beberapa tahun lepas.
Antaranya menerusi jualan album-album direkod semula, bayaran diterima melalui konsert jelajah dunia Era dan konsert-filem yang menguntungkan.
Sejak 2019, beliau memperoleh pendapatan sebanyak $400 juta (RM1.91 bilion) menerusi aktiviti muziknya. Manakala menerusi hasil jualan tiket dan barangan konsert pula, penyanyi itu mengutip kira-kira $370 juta (RM1.67 bilion).
Taylor Swift juga menjana pendapatan menerusi platform penstriman seperti Sportify dan Youtube, dimana beliau memperoleh kira-kira $120 juta (RM573.42 juta).
BACA: Tak Ada Kaitan Dengan Musang, Ini Asal Usul Nama Durian Musang King Yang Ramai Tak Tahu
Sumber: Unilad, The Ultimate Pet Rich List, People