Kehangatan Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain di Malaysia kini semakin reda, namun memori indah peminat Formula 1 masih segar.
Apatah lagi bagi mereka yang berkesempatan bertemu idola masing-masing, termasuk seorang peminat cilik yang bertemu pelumba Mercedes, Kimi Antonelli.
Peminat Temui Russell & Antonelli, Dapat Galakan Untuk Main Go-Kart
Pertemuan itu bukan sekadar peluang bergambar bersama idola, malah menjadi pengalaman istimewa yang mungkin menguatkan lagi minatnya terhadap dunia Formula 1.
Dalam satu hantaran di Threads, @thekartingfamily berkongsi keterujaan anak mereka selepas menerima berita Formula 1 bakal dilangsungkan di Malaysia.
“Saya boleh lambai tangan kepada Antonelli,” kata anak mereka, teruja.
Anak mereka turut menyanyikan lagu tidak rasmi Antonelli sambil menari dan mengangkat tangannya ke udara.
Namun, apa yang lebih mengujakan adalah apabila anak @thekartingfamily datang ke Meet and Greet bersama kedua-dua pemandu Mercedes dan bertemu George Russell dan Antonelli.
Malah, anak mereka turut dipanggil oleh kedua-dua pemandu itu ke hadapan untukertemu mereka dengan lebih dekat dan Antonelli.

Dalam satu hantaran di Instagram rasmi Mercedes-AMG F1, Antonelli memanggil anak mereka ke hadapan untuk bertemu dengan mereka lebih dekat.
Sebaik tiba di hadapan, Antonelli dan Russell terus memberikan tepukan tangan kepadanya sebelum dia mengucapkan kata-kata sokongannya.
“Kami sokong anda berdua!,” kata anak kecil itu.
Malah, anak @thekartingfamily turut menunjukkan gerakan yang mengujakan dengan membuat lompatan dan pusingan yang menerima sorakan daripada kedua-dua pelumba itu.
“Itu mungkin boleh jadi gaya sambutan baharu kita, pose T yang baharu,” kata Russell.
Anak @thekartingfamily yang berusia empat tahun itu kemudian bertanya pada umur berapa kedua-dua pelumba itu mula bermain go-kart.
Russell memaklumkan dia mula bermain go-kart sejak tujuh tahun, manakala Antonelli pula bermula sejak enam tahun.
“Jadi, untuk awak lagi dua tahun,” kata Russell.
@thekartingfamily kemudian berkongsi hantaran itu di Threads mereka bagi berkongsi keterujaan dan kegembiraan selepas anak mereka dapat bertemu kedua-dua pemandu itu.
Ramai warga maya kemudian meninggalkan komen bahawa ini mungkin titik permulaan lahirnya pemandu Formula 1 dari Malaysia.





