Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Lagu BoboiBoy Bergema Di Festival Anime Luar Negara, Pengunjung Pakat Layan Karaoke
Indonesia – Penganjur sebuah festival budaya Jepun yang diadakan di Jakarta mengejutkan pengunjung ketika acara karaoke dengan memainkan lagu tema animasi Malaysia, BoBoiBoy.
Menerusi video yang dikongsi DotPlus, lagu tema BoBoiBoy dimainkan ketika pengunjung Festival Shiawase sedang berkumpul di pentas utama Gajah Mada Plaza.
Festival Shiawase merupakan festival budaya yang mengumpulkan para peminat anime di Indonesia bagi mengekspresi diri sambil menyaksikan pelbagai persembahan pentas yang disediakan penganjur.
Difahamkan, aktiviti karaoke merupakan antara aktiviti di pentas utama dan yang dinanti sepanjang dua hari festival berkenaan berlangsung pada 29 dan 30 November lalu.
Antara lagu tema yang disenaraikan oleh pihak penganjur termasuk lagu tema anime Bleach, Kaguya Sama, Jujutsu Kaisen, Sword Art Online dan Code Geass bagi hari pertama.
Hari kedua pula menyaksikan lagu tema anime Bakemonogatari, Black Clover, Tokyo Ghoul dan banyak lagi dimainkan buat para peminat.
Namun, tidak disangka, lagu tema animasi BoBoiBoy menjadi antara kejutan buat para pengunjung festival.
Biarpun begitu, sambutan daripada para pengunjung tidak mengecewakan.
Perkara yang tidak diduga itu mendapat sambutan luar biasa sehingga pengunjung turut mempersembahkan tarian khas ketika menyanyikan lagu BoBoiBoy, Superhero Kita gubahan Yuri Wong.
Tidak berhenti di situ, suasana menjadi lebih gamat apabila lagu tema kelab pasukan bola sepak Manchester United pula diperdengarkan.
Plaza berkenaan dipenuhi gegak-gempita pengunjung yang tidak menyangka lagu tersebut akan dimainkan.
Pengunjung yang teruja turut menaiki pentas utama sambil melaungkan lagu pasukan bola sepak kegemaran mereka.
Video berdurasi lebih kurang satu minit itu kini mendapat 324.3 ribu sukaan dan 60.1 ribu kongsian.
Sumber: DotPlus