Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lama Sangkut, Rupanya Ini Misteri Jem Tanpa Sebab Di "Highway"
Pernah tak korang sangkut dalam jam dekat sejam dua, kaki dah lenguh tekan brek, tapi bila jalan dah lancar... tengok-tengok kemalangan tak ada, jalan berlubang tak ada, banjir pun jauh sekali!
Habis tu, apa punca dia? Tercegat kat situ buat apa? Sebenarnya fenomena ini dipanggil fenomena Phantom Traffic Jam.
Sehubungan itu, SK kongsikan bagaimana fenomena ini berlaku menerusi perkongsian pengguna Threads @tuanmudaacap di bawah.

Kenapa highway boleh jem…padahal tak ada kemalangan?
Tak ada roadblock. Tak ada kereta rosak. Tapi tiba-tiba semua slow.
Stop. Jalan sikit. Stop balik. Jawapan dia sebenarnya simple - Brake
Bila seorang driver brake sikit, kereta belakang akan react lambat sedikit. Untuk compensate, dia brake lebih kuat. Kereta seterusnya lagi kuat. Dan seterusnya…
Lama-lama jadi satu gelombang brake yang bergerak ke belakang.
Fenomena ni dipanggil “phantom traffic jam”, jem yang berlaku tanpa punca jelas.

Sebab tu kadang kita stuck lama, tiba-tiba jalan balik macam biasa. Tak ada apa pun sebenarnya di depan.
Cuma kesan dari brake yang berantai tadi. Maknanya, satu brake kecil boleh jadi punca jem panjang.
Kalau semua orang jaga jarak dan drive lebih smooth, gelombang ni boleh dikurangkan. Kurang brake mengejut = traffic lebih lancar.
Kadang masalah bukan banyak kereta, tapi cara kita memandu.
Dalam bahasa yang mudah, phantom traffic jam ini ibarat seperti ombak.
Makin kuat ombak tu, makin jauh dia merebak ke belakang. Sebab tu la pemandu yang di belakang sekali rasa macam terhenti terus, padahal dekat depan tu tak ada apa-apa pun.
Untuk lebih penjelasan, tonton video di bawah. Semoga bermanfaat.