Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lapisan Pâtisserie Raikan Merdeka Menerusi Sentuhan Baharu Cita Rasa Tempatan

Kehadiran keunikan cita rasa tertentu sentiasa membangkitkan nostalgia rasa seperti di rumah sendiri. Sempena musim Merdeka ini, Lapisan Pâtisserie yang terkenal dengan seni pastri ala Perancis menyuntik kelainan moden ke atas sajian kegemaran rakyat Malaysia menerusi koleksi pastri terbaharunya. Siri pastri ‘Malaysian Favourites’ ini akan mula ditawarkan dari 20 Ogos, menggabungkan elemen nostalgia nostalgia tempatan dengan sentuhan kontemporari.

Daripada roti bakar kaya yang menjadi sajian sarapan pagi nostalgia hingga keharuman rendang yang menyatukan suasana perayaan, keunikan rasa kegemaran Malaysia ini sentiasa berupaya mendekatkan diri kita dengan suasana di rumah. Kini, keunikan cita rasa berkenaan diterjemah semula menerusi perspektif baharu bagi meraikan tradisi yang disayangi serta diperkenalkan kepada generasi baharu.

“Sebagai jenama tempatan Malaysia, kami percaya bahawa ciptaan paling bermakna terhasil daripada gabungan rasa dan kisah di sebaliknya. Koleksi ini merupakan usaha kami meraikan warisan kulinari Malaysia yang kita nikmati sejak kecil, dengan mentafsir semula cita rasa tempatan menerusi seni pastri moden. Setiap sajian direka khas untuk membangkitkan rasa nostalgia dalam kalangan rakyat Malaysia, sekali gus menawarkan cara baharu untuk menikmati hidangan kegemaran mereka sepanjang musim kebangsaan ini,” kata Darren Sim, Pengurus Pembangunan Perniagaan Lapisan Pâtisserie.

Menu pilihan siri ini merangkumi:

  • Kaya Butter Crispy Toast (RM8.50): Menawarkan lapisan luar pastri yang renyah dan rapuh, diisi dengan mentega tebal dan kaya di dalamnya.

  • Pandan Coconut Tart (RM16.00): Sesuai bagi penggemar tekstur krimer yang halus, tart ini menampilkan isian nanas dan kelapa serta krim pandan dan coklat putih kelapa.

  • Chicken Rendang Mille Feuille (RM12.50): Gabungan memuaskan yang mengandungi isi ayam dan pulut kuning, dibalut rapi dengan pastri yang ringan.

Tawaran Istimewa Merdeka Bagi Meraikan Cita Rasa Tanah Air

Bagi meraikan Hari Merdeka Malaysia yang ke-69, Lapisan Pâtisserie menjemput rakyat Malaysia untuk menikmati keenakan cita rasa tempatan menerusi promosi khas satu hari. Pada 31 Ogos 2026, pelanggan berpeluang menikmati pastri kedua pada harga RM6.90 sahaja, sebagai tanda penghormatan simbolik kepada 69 tahun kemerdekaan negara.

Promosi ini sah sepanjang hari di semua cawangan Lapisan Pâtisserie di seluruh Malaysia bagi hidangan di dalam restoran (dine-in) mahupun bawa pulang (takeaway), untuk semua perisa pastri sementara stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut mengenai Lapisan Pâtisserie dan promosi terbaharu, layari www.facebook.com/lapisanmy dan www.instagram.com/lapisanmy.