Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Manchester United terpaksa menelan kekalahan pahit apabila ditewaskan Brighton Albion menerusi sepakan penalti pada masa tambahan dalam perlawanan EPL awal pagi tadi.
Terika 0-0 sehingga 90 minit perlawanan sebenar tamat, hadiah bola terkena tangan yang diberikan oleh Luke Shaw menjanjikan tiga mata penuh kepada pasukan tuan rumah.
Kekalahan United dan kemenangan Brighton menyaksikan pemburuan slot keempat UCL dan slot ke Liga Europa kembali terbuka untuk beberapa pasukan termasuk Liverpool.
Dalam pada itu, pengendali United, Erik Ten Hag menyelar pengadil perlawanan, Andre Marriner sebagai punca kekalahan pasukan bimbingannya.
Walaupun mengakui bola terkena tangan Luke Shaw dari sepakan penjuru dan penalti wajar diberikan, Ten Hag berpendapat semua itu tidak berlaku sekiranya Marriner tidak memberikan sepakan percuma kepada Brighton sebelum itu.
”Shaw bermain dengan sangat baik tetapi apa yang mengecewakan adalah sepakan percuma sebelum itu tidak sepatutnya diberikan. Saya juga melihat kekasaran yang lebih teruk dalam perlawanan ini tetapi peliknya wisel tidak dibunyikan pula.
”Segala serangan yang kamu buat dengan perspektif mereka menendang kami dan kamu menghalangnya, dan ya ia adalah halangan yang baik, tetapi bagi pengadil ia adalah sepakan percuma.
”Seterusnya, minit-minit akhir perlawana dan bola terkena tangan. Kamu kesuntukkan masa untuk memberi tindak balas, ia memang mengecewakan.
”Saya disini bukan untuk mengkritik pengadil semata-mata. Kami juga melakukan kesilapan pada penghujung perlawanan dan kalah. Kami juga tidak menyempurnakan peluang kami, tetapi apa yang saya mahu katakan, ada beberapa kekecewaan dalam perlawanan ini,” katanya.
Anak-anak buah Ten Hag sewajarnya menyalahkan diri sendiri apabila mempunyai deretan peluang untuk menjaringkan gol namun mengsia-siakan semuanya.
”Kami mencipta peluang yang baik tetapi tidak cukup klinikal. Pada akhirnya, kami memberikan satu jaringan kepada lawan dan ia sangat mengecewakan. Jika kamu tidak berjaya menyudahkan peluang yang ada, jadi kamu juga jangan kalah,” katanya.
United mempunyai rekod buruk apabila bertandang ke gelanggang lawan menentang pasukan Top 10 liga. Dalam sembilan perlawanan, United hanya menang sekali sahaja dengan persembahan terburuk ketika bertemu Liverpool dan Manchester City.
Sumber: Manchester Evening News