Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lebih 1.24 Juta Dos Tersedia, Tempahan Vaksin AstraZeneca Untuk Warga Emas Boleh Mula Dibuat Jam 12 Tengah Hari Ini

Gambar Via BBC

Tempahan untuk slot vaksin AstraZeneca akan dibuka bermula jam 12 tengah hari ini untuk warga emas yang berusia 60 tahun ke atas. Tetapi, ia hanya tertakluk kepada warga emas yang berada di Johor, Sarawak, Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang sahaja.

Menerusi kenyataan media yang dimuatnaik di Twitter Menteri Kesihatan, Datuk Dr Adham Baba, terdapat sebanyak 1, 240,000 dos vaksin AstraZeneca bakal ditawarkan kepada warga emas dan pemberian dos pertama akan bermula pada 7 Jun sehingga 27 Julai 2021.

Bukan itu sahaja, bagi yang telah mendaftarkan nama di bawah senarai menunggu sewaktu tempahan slot pada 2 Mei 2021 yang lepas akan dimasukkan secara automatik ke dalam tempahan slot vaksinasi AstraZeneca pusingan ini.

Bagi sesiapa yang berminat, anda boleh membuat tempahan di vaksincovid.gov.my. Orang muda digalakkan untuk membantu warga emas untuk membuat tempahan ini bagi memudahkan urusan mereka.

Sumber: Dr Adham Baba