Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lebih 30 Tahun Mengajar, Cikgu Terima Gaji RM91 Sebulan & Dibayar Tiga Bulan Sekali

Fazidi
cikgu gaji rm91
Gambar: Kompas.com

Lebih 30 Tahun Mengajar, Cikgu Terima Gaji RM91 Sebulan & Dibayar Tiga Bulan Sekali

Seorang guru honorer mengabdikan dirinya lebih tiga dekad mencurahkan ilmu kepada murid-murid di kawasan desa di Jawa Barat.

Meskipun sudah mengajar untuk tempoh yang lama, Saryono, 55, menerima gaji rendah iaitu sekitar Rp350,000 atau kira-kira RM91 sebulan, yang hanya dibayar tiga bulan sekali.

Menurut Kompas.com, bayaran tersebut dibuat bergantung kepada kemampuan kewangan yang dimiliki oleh dana Bantuan Operasi Sekolah (BOS).

Saryono dilapor mula bertugas sebagai guru honorer di Madrasah Ibtidaiyah (MI) di Tegal Panjang, Desa Sidalmuya di kecamatan Ciemas sejak 1992.

Di peringkat awal, Saryono terpaksa berjalan kaki untuk menuju ke sekolah berkenaan dari rumahnya kerana kampung itu terletak di kawasan terpencil dan kekurangan infrastruktur asas.

Terima gaji RM91 sebulan, dibayar tiga bulan sekali

Kini, beliau menempuh perjalanan untuk ke tempat kerja dengan menggunakan motosikal terpakai yang dibelinya tiga tahun lepas. Menurut Saryono, perjalanan pendek sejauh tujuh kilometer itu boleh memakan masa kira-kira 30 minit untuk tiba.

Manakala perjalanan ketika musim hujan pula menjadi lebih mencabar dengan mengambil kira keadaan permukaan jalan ketika itu.

Dengan pendapatan kira-kira RM91 sebulan dan dibayar tiga bulan sekali, Saryono bukan sahaja perlu menanggung keluar sendiri, malah turut menyara dua iparnya yang sudah uzur.

Untuk menambah pendapatan, Saryono terpaksa melakukan kerja sampingan dengan bertani sambil dibantu isterinya yang berdagang secara kecil-kecilan.

Dalam pada itu, Saryono memberitahu beliau sudah berulang-kali memohon untuk menjadi Pegawai Negeri Sipil (PNS) atau Pegawai Pemerintah Dengan Kontrak Kerja (PPKK).

Malah, beliau juga pernah mengikuti program pemilihan Guru Bantu Sekolah (GBS) pada 2005 dan program pengesahan kelayakan.

Namun begitu, semua usaha tersebut masih belum membuahkan hasil biarpun mempunyai pengalaman mengajar lebih 30 tahun lamanya.

Kini pada usianya yang sudah mencecah 55 tahun, Saryono masih belum berputus asa dan berharap sumbangannya dipertimbangkan oleh pemerintah untuk diserap masuk sebagai Aparatur Sipil Negara (ASN).

Mengenai Guru Honorer

Menurut Detik.news, guru honorer adalah guru yang tidak digaji sebagai guru tetap seperti PNS atau PPKK, walaupun melakukan tugas yang sama.

Mereka menerima gaji yang dibayar berdasarkan jumlah jam bekerja, bukan berdasarkan skim gaji tetap.

BACA: Mayat Enam Sekeluarga Ditemukan Dalam Kereta Di Sungai Korok

Sumber: Kompas.com