Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lebih 500 Banduan Di Texas, As Dijangkiti Covid-19

Gambar sekadar hiasan

Houston: Jumlah kes COVID-19 disahkan di sebuah penjara di selatan Texas Amerika Syarikat (AS) meningkat mendadak kepada 510 pada Selasa, lapor agensi berita Xinhua, memetik Biro Penjara.

Lebih 500 wanita positif COVID-19 di penjara Federal Medical Center-Carswell di Fort Worth, bandar kelima terbesar di Texas.

Tiga minggu lalu, penjara itu hanya mencatatkan tiga kes COVID-19. Kematian pertama dilaporkan pada April dan kedua pada 12 Julai.

Media tempatan melaporkan penjara wanita itu dihuni oleh banduan yang mempunyai masalah kesihatan dan mental, kini menempatkan sekitar 1,357 tahanan.

— BERNAMA