Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lebih 500 Sekolah Di Wilayah Sempadan Kemboja Ditutup Akibat Pertempuran Dengan Thailand

Azizah Najib
Sekolah Sempadan kemboja ditutup
Kredit: TANG CHHIN Sothy / AFP

Lebih 500 Sekolah Di Wilayah Sempadan Kemboja Ditutup Akibat Pertempuran Dengan Thailand

PHNOM PENH (Bernama) — Kemboja pada Selasa memaklumkan bahawa sebanyak 514 sekolah di wilayah sempadan telah ditutup berikutan pertempuran yang berterusan di sempadan dengan Thailand, lapor Xinhua.

“Setakat 9 Dis 2025, sebanyak 514 sekolah ditutup, menjejaskan kira-kira 130,000 pelajar dan 4,650 guru,” menurut kenyataan Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan.

Wilayah yang paling terjejas ialah Oddar Meanchey, Preah Vihear dan Banteay Meanchey, menurut kenyataan itu.

Konflik sempadan Cambodia-Thailand kembali tercetus sejak petang Ahad.

Setiausaha Rendah Negara merangkap Jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja

Leftenan Jeneral Maly Socheata, berkata pada Selasa bahawa tujuh orang awam Kemboja terbunuh dalam konflik itu.

Menteri Penerangan Kemboja Neth Pheaktra berkata sekurang-kurangnya 16,568 keluarga Kemboja melibatkan 54,550 orang telah meninggalkan kediaman mereka berhampiran sempadan untuk berlindung di kawasan selamat.

BACA: Aceh Berdepan Wabak Penyakit Selepas Bencana Banjir

BACA: Pesawat Ringan Mendarat Cemas Di Taiping Berdaftar Di Bawah MSAF

Sumber: Bernama