Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lebih 5,000 Kes Buli Dilaporkan Di Sekolah Dalam Lapan Bulan Pertama Tahun Ini - PM Anwar

Kes Buli
Kredit: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Bagi Jawab Lisan sempena Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini --Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Sejumlah 5,681 kes buli dilaporkan berlaku di sekolah seluruh negara dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata statistik itu antara lain melibatkan kesalahan buli fizikal, buli lisan, buli bukan lisan serta buli siber.

Anwar berkata bagaimanapun, angka sebenar mungkin lebih besar, mengambil kira sekiranya terdapat kes buli dan salah laku disiplin di pusat pendidikan yang tidak dilaporkan berikutan ada pihak pentadbiran yang mahu menjaga imej sekolah masing-masing.

“Masalahnya kadang-kadang dilindungi (pelaku) kerana tak mahu imej sekolah itu buruk, mahu jaga reputasi sekolah, beri laporan yang baik-baik sahaja hakikatnya anak-anak di sekolah itu berasa terdera, tertekan (apabila) masuk ke sekolah.

“Jadi jangan sembunyikan, kerana yang rosak anak ini, pendekatan tak betul. Saya setuju dalam kes-kes seperti ini, apa-apa jua pun alasan, tindakan harus diambil secara cepat dan tegas,” katanya pada Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Berita lanjut menyusul

Sumber:BERNAMA