Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lebih 5,795 Maut, 18,000 Cedera Akibat Pengeboman Di Tebing Barat Dan Semenanjung Gaza – Kementerian Kesihatan Gaza

Syed Faisal Sayed Muhammad
lebih 5795 maut Gaza
Kredit BERNAMA

Lebih 5,795 Maut, 18,000 Cedera Akibat Pengeboman Di Tebing Barat Dan Semenanjung Gaza – Kementerian Kesihatan Gaza

RAMALLAH, 24 Okt (Bernama-WAFA) — Lebih 5,795 rakyat Palestin terbunuh manakala 18,000 lagi cedera akibat serangan rejim Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sejak 7 Oktober lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan Gaza, sebanyak 5,700 kematian dan 16,000 kecederaan dilaporkan di Semenanjung Gaza manakala seramai 95 orang terbunuh dan 1,836 lagi cedera di Tebing Barat.

Sekitar 70 peratus mangsa yang terbunuh terdiri kanak-kanak (2,360), wanita (1,292) dan warga emas (295), lapor Agensi Berita Palestin WAFA.

Selain itu, sebanyak 10 daripada 35 hospital di Semenanjung Gaza tidak lagi beroperasi akibat pengeboman atau kehabisan bahan api.

Mereka yang hilang tempat tinggal di Semenanjung Gaza kini dianggarkan berjumlah 1.4 juta.

Sebanyak 250 kes serangan terhadap kakitangan kesihatan, kemudahan kesihatan dan ambulans direkodkan hingga mengakibatkan 42 petugas kesihatan terkorban, lebih 34 cedera dan 50 ambulans rosak.

BACA: Jangan Marah Anak Kalau Malas Ke Sekolah, Mungkin Dia Dah Kena ‘Usik’

Sementara itu, 69 serangan terhadap kemudahan kesihatan menyebabkan tujuh daripadanya tidak lagi beroperasi iaitu Hospital Arab Al Ahli, Hospital Beit Hanoun, Hospital Kanak-Kanak Al-Durrah, Pusat Pertolongan Cemas Persatuan Bulan Sabit Merah, Pusat Rehabilitasi Mohammad, Hospital Al-Karama dan Hospital Al-Wafa, selain ancaman pengusiran yang menjejaskan 24 hospital.

Setakat ini, hospital di Semenanjung Gaza menerima 1,450 laporan mengenai mangsa yang masih hilang, termasuk 800 kanak-kanak, dipercayai terperangkap di bawah runtuhan,

Sumber: BERNAMA-WAFA