Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Lebih Tinggi Beban Virus,” KKM Dedah Maklumat Variasi Baharu Virus COVID-19 Yang Dikenali Sebagai B.1.1.7

Gambar Hiasan via Google

Putrajaya, 29 Disember – Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan maklumat mengenai variasi baharu virus COVID-19, B.1.1.7 yang mula dikenalpasti di UK sebelum ini.

Menurut KKM, varian B.1.1.7 yang mula dikesan pada 20 September itu mempunyai mutasi pada protein pepaku yang berfungsi dalam proses pelekatan virus pada sel.

Varian yang 70 peratus lebih mudah merebak ini juga dikatakan lebih mudah menjangkiti kanak-kanak dan mempunyai beban virus yang lebih tinggi. Di samping itu, B.1.1.7 juga dipercayai lebih sukar dikesan melalui ujian polymerase chain reaction (PCR).

Bagaimanapun, ia dipercayai tidak mengganggu keberkesanan vaksin sedia ada.

Sumber: KKM