Menurut kemaskini Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebentar tadi, Leburaya Kuala Lumpur-Karak (KLK) yang sebelumnya dinaiki air kini dibuka untuk kedua lorong laju dan perlahan.
Sebelumnya, semua lorong di Kilometer 68 KLK sebelum Plaza Tol Bentong arah barat Kuala Lumpur ditutup untuk semua jenis kenderaan setelah dinaiki air akibat hujan lebat.
Setakat jam 9.06 malam tadi, LLM melaporkan bahawa trafik sudah kembali lancar dan terkawal.
Menurut tinjauan di media sosial, rata-rata warganet berkongsi keadaan semasa banjir dan jalan sesak di KLK yang dikatakan berlaku sejak petang tadi.
Sumber: LLM
