Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki 57 Tahun Jalan Kaki 2.1km Ke PPV, Meninggal Dunia Sebelum Dapatkan Vaksin Di Sabah

Seorang lelaki dipercayai warga asing berusia 57 tahun itu hadir untuk dapatkan vaksina di pusat pemberian vaksin (PPV) disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Kompleks Sukan Keningau pada Ahad lalu.

Menurut laporan kenyataan media daripada Ketua Polis Daerah Keningau DSP Shahrudin Mat Husain, lelaki tersebut dikatakan berjalan kaki sejauh 2.1 kilometer dari rumahnya di Kampung Pampang ke PPV tersebut.

Katanya lagi, kira-kira jam 9.30 pagi, bilik gerakan IPD Keningau mendapat laporan mdaripada anggota polis yang bertugas di kawalan lalu lintas di pusat tersebut mengatakan bahawa terdapat seorang lelaki rebah dipercayai meninggal dunia di bawah sebatang pokok.

Justeru itu, secara pantas sepasukan pegawai kesihatan Hospital Keningau tiba di lokasi kejadian dan mengesahkan bahawa lelaki tersebut sudah meninggal dunia.

Maklumat awal yang diterima mengatakan bahawa mangsa secara tiba-tiba rebah di tempat kejadian dan tiada sebarang unsur jenayah dikesan. Bagaimanapun, kes kematian ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber: Astro Awani