Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Beli Pajero Dengan Duit Syiling

lelaki beli pajero dengan duit syiling
Gambar via Kompas

Lelaki beli Pajero dengan duit syiling 15 sen hasil tabungan yang disimpannya selama berbulan-bulan untuk dihadiahkan kepada isteri.

Seorang lelaki di Karawang, Jawa Barat tekad beli sebuah Pajero Sport untuk isterinya dengan menggunakan duit syiling bernilai 15 sen.

Muhammad Endang Junaedi yang lebih mesra disapa Haji Endang datang ke ‘Showroom‘ Mitsubishi Motor di Karawang Jawa Barat dengan menaiki motorsikal.

Dia yang berpakaian seluar pendek dan berselipar datang ke showroom itu untuk membeli sebuah Pajero Sport untuk isterinya dengan menggunakan duit syiling bernilai 15 sen.

Endang bersyukur pihak Mitsubishi Motor menerimanya dengan baik walaupun dia menggunakan syiling.

“Awalnya saya ingin mencuba sama ada dilayan dengan baik atau tidak dengan penampilan ini, ditambah pula membayar menggunakan duit syiling. Ternyata layanan yang diterimanya sangat baik,” katanya.

Endang turut tidak keberatan untuk mengira duit syiling yang dibawanya bersama kakitangan syarikat kereta itu.

Menurutnya, duit syiling yang dibawa sebanyak lapan guni itu bernilai lebih RM39,000.

Dia telah menabung duit syiling berkenaan sejak empat bulan lalu dan sebahagiannya adalah hasil daripada kerja-kerja pembinaan jambatan pejalan kaki di dusun Rummabe II, bandar Klari di Karawang.

Lelaki yang berumur 62 tahun itu kemudiannya mengaku membeli Pajeri Sport berwarna hitam dengan nilai RM176,000 lebih untuk isterinya.

“Saya mahu membeli kereta Pajero ini untuk isteri saya. Kebetulan kelmarin merupakan hari lahirnya, boleh buat jalan-jalan dengan cucu. Kalau saya naik motor pun dah cukup,” jelas Endang lagi.

Dimaklumkan Endang merupakan pengusaha jambatan pejalan kaki. Pendapatan hariannya melebihi RM5,800 sehari.

Sumber: Kompas