Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Seorang lelaki dianggap sebagai “Spy”, ditahan askar Thailand
Seorang pengguna Tiktok yang bernama Azmirul Izzat dalam lawatannya ke Thailand baru-baru ini mengalami detik cemas apabila dia ‘diekori’ dan perlu berdepan dengan pelbagai pertanyaan oleh askar Thailand.
Azmirul atau lebih dikenali dengan panggilan Bobie dalam video tersebut dia pergi kesana dengan menaiki kereta api, kemudian ditahan sewaktu membuat persinggahan di sempadan sebelum masuk ke Thailand.
Katanya lagi, ketika mahu bergambar, dia telah disapa oleh askar berkenaan dan dalam satu video berbeza, dia mendakwa askar-askar berkenaan mengesyaki bahawa dia adalah seorang perisik.
Oleh sebab itu, sepanjang perjalanan 8 jam Bobie ke Thailand menaiki kereta api, dia mendakwa sentiasa diawasi oleh askar.
Sangkaan Bobie bahawa “escort” istimewa hanya sepanjang keberadaannya dalam kereta api ternyata meleset.
Dakwa Bobie lagi, askar tersebut sebaliknya turut mengekorinya sepanjang dia berada di Thailand. Bukan setakat di hotel dimana dia menginap, malah askar ini turut mengawasinya setiap kali dia keluar untuk berjalan-jalan.
Bobie juga tidak tahu kenapa askar-askar berkenaan menyangka bahawa dia adalah seorang perisik dan bertanya kepada pengguna Tiktok lain sama ada mereka pernah berdepan dengan pengalaman yang sama ketika bercuti di negara tersebut.
Di ruangan komen, ada yang memberi komen yang mengatakan sebab lelaki itu memakai baju warna yg hampir sama dengan askar, mungkin sebab itulah dia dianggap sebagai pengintip.


Sumber: Bobie