Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Berpakaian Pelik Setiap Hari Demi Hiburkan Jiran Ketika Covid-19 Menular

Semasa penularan wabak koronavirus, seluruh dunia wajib berada di rumah mereka dan hanya keluar untuk kerja sahaja. Tetapi lain pula bagi seorang lelaki ini apabila dia cuba menghiburkan orang ramai dengan pakaian yang unik.

Royal Marine dari Weymouth, United Kingdom, menjadi viral dek telah memuat naik di laman Twitter dan berkongsi gambar rakannya bersama haiwan peliharaannya berjalan-jalan di luar rumah.

Walau bagaimanapun, apa yang menarik perhatian itu ialah dia berpakaian unik secara berbeza setiap hari sambil membawa haiwan peliharaannya berjalan.

Jack berkongsi gambar di Twitter dengan kapsyen, “Kawan saya berpakaian unik setiap hari untuk menghiburkan kejiranan sambil membawa anjing jalan.”

Gambar tersebut menjadi buah mulut warganet dan mendapat sebanyak 1,400 ulang kicau dan mendapat 8,600 tanda suka.

Sumber: Jack, India Today