Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Cedera, Paraglider Peribadi Terhempas

Foto: Bernama/ Facebook

KANGAR, 1 Mac – Seorang juruterbang sukan luncur udara, Shahrizal Daud cedera pada bahagian tangan kanan setelah paraglider dikendalikannya terhempas di Padang Kompleks Kastam di sini malam ini.

Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew berkata sebelum kejadian berlaku pada 7.10 malam itu, paraglider milik persendirian itu sedang melakukan demonstrasi penerbangan.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar dan kini mendapatkan rawatan di bahagian kecemasan,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini.

Tinjauan Bernama di lokasi kejadian mendapati sebuah lori pengangkut diiringi sebuah kereta polis membawa keluar paraglider itu kira-kira 8.53 malam.

— BERNAMA