Seorang gadis dari Cileunyi, Kabupaten Bandung, Indonesia dilaporkan telah dibunuh oleh teman lelakinya.
Mayat gadis itu telah ditemui di kawasan semak yang terletak di Jalan Cisaranten Kulon II, Kecamatan Arcamanik, Kota Bandung.
Bagaimanapun, pihak polis telah menahan dua pelaku yang disyaki membunuh wanita tersebut.
Kedua-dua suspek masing-masing berusia 33 dan 25 tahun.
Ketika disoal siasat polis, salah satu suspek mengaku sebagai kekasih mangsa.
Menurut polis, kedua-dua suspek sama-sama mengenali mangsa.
AKBP Rudi Trihandoyo menjelaskan, sebelum mangsa meninggal dunia, mangsa pernah menginap bersama salah seorang suspek di sebuah hotel melati di kawasan Bandung.
Bagaimanapun, kedua-duanya bergaduh sehingga suspek bertindak meragut nyawa mangsa dengan mencekik leher mangsa.
Suspek membonceng mayat mangsa dengan motosikal
Memetik laporan TribunnewsBogor.com dari Tribun Jabar, suspek telah membawa mayat mangsa menaiki motosikal.
Selepas membunuh mangsa, suspek panik dan terus menghubungi rakannya, iaitu seorang lagi suspek yang kini turut ditahan.
Atas nasihat rakan, mayat mangsa dibawa menaiki motosikal.
Mereka berpusing-pusing mencari tempat untuk membuang mayat gadis itu.
Ditemui di tanah kosong
Penemuan mayat seorang gadis telah membuat warga Bandung heboh mengenai kejadian itu.
Mayat wanita tanpa identiti itu ditemui penduduk di kawasan semak Jalan Cisaranten Kulon III, Kecamatan Arcamanik, Kota Bandung.
Mayat gadis itu katanya, ditemui dalam keadaan terlentang di lalang di sebelah rumahnya.
Terdapat luka di kaki
Hasil pemeriksaan polis mendapati terdapat kesan luka di kaki mangsa.
Ketua Polis Arcamanik, Kompol M Zuhdi berkata, sehingga kini punca kecederaan tidak diketahui.
Bagaimanapun, pihak polis masih belum mengetahui punca kematian mangsa dan masih menunggu hasil pengecaman daripada Inafis Polrestabes Bandung.
Sumber: Tribunnews