Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Siapa sangka siapa menduga, seorang lelaki di Singapura berjaya menjual kotak PS5 di dalam talian selepas mengutipnya di kawasan pembuangan sampah rumahnya, lapor Mothership.sg.
Lelaki itu, dikenali sebagai Leslie Koh berkongsi mengenai perkara itu ke dalam Facebook miliknya pada 19 Disember yang lalu. Kotak yang didakwa ditemui tong sampah itu dilaporkan berjaya dijual dengan harga S $30 bersamaan RM91.
Catatan ringkas di Facebook mengatakan, Koh pada mulanya dilapor melihat kotak PS5 yang kosong ‘original’ dibuang, dia berfikir bahawa sampah tersebut akan menjadi sebagai ‘prank’ untuk seseorang menjelang Krismas nanti.

Koh menulis di Facebook miliknya,
Jadi untuk keseronokan, saya membawanya pulang, mengambil gambar dan menyiarkan di Carousell. “Dalam sehari, saya menerima mesej bahawa seseorang berminat tetapi saya meraguinya..,”
Dan kemudian ia benar-benar berlaku.
Saya menjualnya.
Koh mula menjual kotak Ps5 terserbut di Carousell pada 17 Disember.

Dan tidak lama kemudian, seseorang bertanyakan tentang kotak itu sebelum berminat untuk membelinya. melihat kepada perbualan itu, orang yang ingin membeli kotak tersebut sememangnya menyedari bahawa jualan itu hanyalah sebuah kotak. Dia juga ada bertanya adakah kotak tersebut masih berada dalam keadaan yang baik dan saiz sebenar kotak itu.


Pada akhir kirimannya, Leslie Koh ada berkongsikan pengajaran yang diterimanya, iaitu sekiranya tidak mencuba sesuatu yang baru, kita tidak akan ketahuinya.
Sumber : Mothership.sg