Seorang lelaki di Nigeria telah ditahan oleh polis yang dikenali sebagai Hisbah kerana cuba untuk menjual diri sendiri kepada mereka yang sanggup membayar 20 juta Nigerian Naira (RM 202, 318)
Aliyu Na Idris pertama kali menjadi tajuk utama berita nasional pada penghujung Oktober yang lalu. Dia dilihat berjalan melalui bandar Karo dengan papan tanda kadbod yang bertulis “lelaki ini dijual untuk RM 200,000”.
Tukang jahit yang berusia 26 tahun itu memberitahu wartawan bahawa dia beralih ke Karo kerana tiada pembeli di Kaduna.
Dia tidak pasti apa yang akan dilakukan bila menjual dirinya, tapi lelaki 26 tahun tersebut berkata bahawa dia sudah ada beberapa orang pembeli yang berminat. Namun, kebanyakkan mereka tidak setuju dengan harga yang ditetapkan.
Namun begitu, dia tidak boleh meneruskan perancangan tersebut apabila berita tentangnya tersebar di media sosial. Dan apabila sampai ke pengetahuan Hisbah, dia telah ditahan kerana melanggar peraturan agama Islam.
“Benar, kami telah tahan dia pada Selasa lalu dan bermalam disini. Apa yang dia lakukan adalah dilarang dalam Islam, anda tidak boleh menjual diri walau dalam apa keadaan sekali pun,” kata Komander Hisbah, Harun Ibnu Sina.
Sumber: Oddity Central