Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Seorang lelaki di Charleroi, Belgium telah ditahan selepas didapati mencuba untuk menerima vaksin COVID-19 dos yang ke-9.
Lelaki yang telah ditahan pada hari Ahad tersebut mengatakan bahawa dia mengambil vaksin tersebut sebagai wakil kepada mereka yang tidak mahu mengambil vaksin dan sebagai pertukaran untuk pampasan yang akan diberikan kepadanya.
Namun begitu, tiada maklumat lanjut berkenaan identiti lelaki tersebut dan mereka yang membayarnya untuk menerima vaksin tersebut.
Pegawai yang bertugas ketika itu mengatakan bahawa dia tiba di pusat vaksin seperti biasa bersama dengan kad pengenalan yang bukan miliknya.
Walau bagaimanapun, tahap kesihatan lelaki tersebut tidak menunjukkan sebarang bentuk komplikasi walaupun sudah banyak suntikan yang dia terima.
Lelaki tersebut walaubagaimanapun telah mengambil risiko didakwa atas pemalsuan bersama-sama mereka yang telah mendapatkan hasil daripada tindakannya itu.
Sumber: The Cable