Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Ditemukan Mati Selepas Pukul Anak Saudara Guna Tukul

Fazidi
nahas tol kajang
Gambar: BERNAMA

Lelaki Ditemukan Mati Selepas Pukul Anak Saudara Guna Tukul

KOTA BHARU, 26 Sept (Bernama) — Seorang lelaki yang disyaki memukul anak saudaranya berusia tujuh tahun dengan tukul hingga parah di sebuah rumah kedai di Jelawat, petang semalam, ditemukan meninggal dunia berhampiran Pantai Melawi, Bachok.

Lelaki berusia 46 tahun itu ditemukan mati tergantung pada sebatang pokok ru kira-kira tiga kilometer dari rumah kedai berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok DSP Mohd Azrie Sulaiman berkata kejadian berlaku kira-kira 5.15 petang semalam.

Beliau berkata selepas disyaki memukul mangsa, lelaki terbabit melarikan diri ke pantai dengan menunggang motosikal sebelum ditemukan meninggal dunia pada pokok itu.

“Mayat telah diuruskan pasukan forensik manakala kanak-kanak lelaki berkenaan masih dalam keadaan kritikal. Kes sedang disiasat lanjut dan perkembangannya akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sumber: BERNAMA