Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Gantung Uniform SPDRM Dalam Kereta Elak Ditahan

Gambar: Bernama

Taktik seorang lelaki menggantung pakaian seragam Sukarelawan Polis Diraja Malaysia (SPDRM) di dalam kenderaan untuk mengelak ditahan kerana disyaki menjalankan kegiatan mengedar dadah tidak menjadi apabila dia ditahan dalam sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Anjung Indah, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata lelaki berumur 27 tahun itu ditahan kira-kira 5.50 petang selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan meskipun terdapat pakaian seragam dan ves SPDRM digantung di bahagian penumpang belakang kereta dipandunya.

“Polis yang curiga dengan keadaan lelaki itu bertindak menjalankan pemeriksaan lanjut dan ketika ditanya berhubung pakaian, topi serta ves SPDRM itu dia mengaku milik saudaranya. Kami sedang periksa sama ada dia (saudaranya) masih berkhidmat sebagai anggota SPDRM atau sudah ditamatkan perkhidmatan.

“Pemeriksaan lanjut dalam kereta Proton Persona itu polis menemui sejumlah dadah jenis syabu dan pil eramin 5. Siasatan mendapati lelaki terbabit menggunakan modus operandi dengan menggantung ves dan pakaian SPDRM bagi mengaburi pihak berkuasa ketika melalui sekatan jalan raya untuk mengedar dadah,” katanya di sini malam ini.

Menurutnya, lelaki yang mempunyai enam rekod lampau berkaitan dadah dan bekerja di sebuah syarikat logistik di Bayan Lepas, dekat sini itu ditahan untuk siasatan lanjut termasuk ingkar PKP.

Sumber: BERNAMA