Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Hilang Sejak Seminggu Ditemukan Maut Dalam Longkang WCE

Lelaki Hilang Sejak Seminggu
Kredit: Bernama

Lelaki Hilang Sejak Seminggu Ditemukan Maut Dalam Longkang WCE

IPOH, 6 Ogos (Bernama) -- Polis mengesahkan penemuan mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak 29 Julai lepas di dalam longkang di Kilometer 155.7 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bagan Datuk Superintenden Mohammad Ali Mohd Jali berkata rangka lelaki berusia 35 tahun itu ditemukan selepas motosikal yang ditunggangnya dipercayai terbabas di lokasi kejadian.

Beliau berkata pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 3.39 petang selepas pekerja pembersihan yang sedang memotong rumput di lokasi itu terhidu bau busuk sebelum menemukan rangka manusia bersama sebuah motosikal di dalam longkang.

“Hasil siasatan awal, pihak polis percaya semasa kejadian mangsa menunggang motosikal seorang diri dari arah Teluk Intan menghala ke Sabak Bernam sebelum terbabas ke kiri jalan dan terjatuh masuk ke dalam longkang.

“Mangsa tidak mendapat bantuan sehingga kejadian disedari. Turut ditemukan bersamanya adalah barang peribadi seperti telefon bimbit, pasport Malaysia dan wang tunai dipercayai milik mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohammad Ali berkata semakan lanjut mendapati satu laporan polis berhubung kehilangan mangsa telah dibuat oleh ahli keluarganya di Balai Polis Teluk Intan pada 5 Ogos.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat trafik Inspektor Normah Abu Hassan di talian 010-536 4619.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan masih diteruskan.

Intipati
  • Mayat lelaki 35 tahun ditemukan dalam longkang di Kilometer 155.7 WCE arah selatan.
  • Polis percaya motosikal mangsa terbabas sebelum dia terjatuh ke dalam longkang tanpa bantuan.
  • Keluarga mangsa membuat laporan kehilangan di Balai Polis Teluk Intan pada 5 Ogos.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan