Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Hungary Pertama Jalani Pemindahan Jantung Meninggal Dunia

Gambar: Bernama

BUDAPEST, 26 Nov (Bernama) — Sandor Schwarz, rakyat Hungary pertama yang menjalani pembedahan pemindahan jantung di negara itu dalam tahun 1992, meninggal dunia pada usia 56 tahun, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan agensi berita rasmi MTI.

Pada 3 Jan 1992, Schwarz, 28, menerima jantung seorang lelaki berusia 24 tahun yang telah meninggal dunia.

Schwarz menghidap penyakit jantung kongenital selama bertahun-tahun dan telah terlantar beberapa bulan sebelum menjalani pembedahan itu.

Sumber: BERNAMA