Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Lelaki Indonesia Dedah 5 Sebab Malaysia Jauh Lebih ‘Unggul’ 

Sofea
Kredit: iben_akbari

Lelaki Indonesia Dedah 5 Sebab Malaysia Jauh Lebih ‘Unggul’

Kadang kala segala nikmat yang dikecapi di tanah air sendiri tidak kita sedari. Mungkin masih ada banyak kekurangan yang perlu diperbaiki, namun perspektif berbeza dapat dilihat menerusi kaca mata pelancong luar.

Apa yang ada di negara ini, tidak ada di negara mereka dan itu yang membuatkan kebanyakan pelancong luar sangat gemar datang ke Malaysia.

Bercakap mengenainya, baru-baru ini seorang pengguna TikTok dari Indonesia @iben_akbari berkongsi pendapatnya mengenai keunggulan Malaysia.

“Orang-orang selalu kata Malaysia dan Indonesia tiada beza, sama saja. Tapi ini beberapa hal menurutku Malaysia jauh lebih unggul.

“Walaupun kita ada pepatah ‘sawang sinawang’ tetapi kita tetap perlu belajar dari negara lain untuk jadi lebih baik,” katanya.

Kredit: iben_akbari

1. Pendidikan lebih maju

Iben berkata dia pernah menyambung pengajian di Malaysia dan dapat melihat perbezaan antara kampus di negara ini dan Indonesia. Ia dapat dilihat dari sudut kesejahteraan pensyarah, fasiliti dan lingkungan akademik.

“Kerana ada pinjaman untuk pelajar, mereka jadi lebih fokus untuk belajar dan tahap persaingannya juga tinggi. Mereka juga menggunakan bahasa Inggeris di dalam kelas,” katanya.

Kredit: iben_akbari

2. Tiada pungutan duit secara haram

Menurutnya, rakyat Malaysia ramai bekerja dalam sektor formal, jadi perkara seperti pungutan duit secara haram oleh penjaga parkir, samseng pasar atau pihak berkuasa tempatan tidak wujud.

“Kenapa masalah ini masih berlaku di negara kita (Indonesia),” katanya.

Kredit: iben_akbari

3. Kepelbagaian kaum

Lelaki itu juga berkongsi bahawa hasil pemerhatiannya, jika sesuatu wilayah dihuni oleh masyarakat yang berbilang kaum, ia biasanya lebih maju berbanding masyarakat yang satu kaum sahaja.

“Contohnya Jakarta, kerana ramai pendatang dari pelbagai tempat, Jakarta menjadi kota paling maju di Indonesia,” ujarnya.

BACA JUGA: Pelik Ramai Muslim Luar Negara Datang Malaysia, Lelaki Kongsi Sebab Buat Dia Sedar

Kredit: iben_akbari

4. Persekitaran yang lebih tertib dan bersih

Dalam kehidupan seharian di Malaysia, dapat dilihat persekitaran yang lebih bersih dan teratur.

Ia dapat dilihat menerusi amalan beratur, buang sampah hinggalah cara orang menggunakan kemudahan awam.

Bukan bermaksud semuanya sempurna tetapi secara umum tahap kesedarannya sangat tinggi, membuatkan rasa lebih selesa dan selamat.

Kredit: iben_akbari

5. Pengangkutan awam lebih bersepadu

Ujar Iben, pengangkutan awam di Malaysia lebih kemas dan bersepadu.

“Sistem pengangkutan di Jakarta sebenarnya sudah cukup baik dan saling berintegrasi. Tetapi yang membuat Malaysia lebih unggul ialah laluan pejalan kakinya. Tidak ada isu berebut ruang dengan peniaga atau gangguan di kawasan pejalan kaki,” katanya.

Sumber: iben_akbari