Terkini

Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Warung Sate
Kredit: TikTok @cakthoriqofficial

Lelaki Indonesia Kongsi Pernah Kerja Warung Sate Sebelum Rangkul PhD Di Malaysia

Siti Nur Ain Natasya

Lelaki Indonesia Kongsi Pernah Kerja Warung Sate Sebelum Rangkul PhD Di Malaysia

Tiada kejayaan yang datang bergolek. Itulah yang dapat digambarkan menerusi kisah inspirasi lelaki Indonesia ini, yang pernah kerja di warung sate sebelum merangkul PhD di Malaysia.

Nama Thoriqul Haq, atau lebih mesra dikenali sebagai Cak Thoriq, bukan lagi asing dalam dunia politik Indonesia. Beliau merupakan antara pemimpin yang berpengaruh dan dihormati ramai.

Namun, di sebalik imej hebatnya hari ini, beliau pernah bertungkus-lumus bekerja di warung sate semata-mata untuk menampung pengajiannya.

Dalam satu video yang tular baru-baru ini, Cak Thoriq berkongsi pengalaman istimewa ketika menuntut di Malaysia pada 2001.

Ketika itu, beliau merupakan pelajar sarjana (S2) di Universiti Malaya.

Demi memastikan impian akademiknya tercapai, beliau sanggup melakukan kerja sambilan sebagai pelayan di sebuah warung sate di Kajang.

Cak Thoriq kembali berkunjung ke Malaysia, imbau memori lama

Cak Thoriq mengenang kembali saat beliau bekerja di Warung Sate Emas Kajang, milik seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Cik Haji Mahful.

Menurut, warung tersebut kini diuruskan oleh Mohd Rizal Mahful, anak pemilik asal, dan masih kekal beroperasi di lokasi sama.

“Ternyata, warung itu masih wujud dan tidak banyak perubahan, malah rasa satenya juga masih kekal seperti dahulu, lembut dan manis berempah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Ketika berkunjung semula ke warung itu, Cak Thoriq turut bertemu dengan seorang rakan lamanya yang pernah bekerja bersama-sama lebih dua dekad lalu.

“Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Salam dari Malaysia”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meninggalkan reaksi positif terhadap perkongsian itu, termasuk warga Malaysia sendiri.

“Seronok tengok dia hargai tempat dia cari rezeki,”

“Tengok gaya percakapan dan penampilan pun dah tahu orang beradab dan berilmu,”

“Berbeza kan orang yang bijak pandai, sopan dan berilmu. Tak lupa datang ke sini walau sudah berjaya. Semoga terus success,”

“Bila jiwa kita ikhlas, di mana tempat jatuh-bangun akan kita kembali untuk menghargai masa ‘mencari hidup’. Syabas atas kejayaan usaha Tuan,”

“Video ni buatkan saya teringat dengan pekerja saya dari Semarang. Dia pernah bekerja di gerai saya selama dua tahun semasa belajar di UM. Alhamdulillah, dengar khabar dia dah jadi pensyarah di Jakarta,”

“Sepatutnya beginilah kita membangkitkan ketamadunan antara kita, Malaysia-Indonesia,”

Setiap manusia punya perjuangan sendiri

Kita tidak pernah benar-benar tahu apa yang sedang dilalui oleh seseorang dalam hidupnya.

Di sebalik senyuman yang terukir dan kejayaan yang dirangkul, mungkin tersimpan pelbagai cabaran yang hanya Maha Pencipta tahu.

Setiap orang ada jalan hidup dan perjuangan masing-masing. Ada yang berjuang demi keluarga, ada pula yang berkorban demi impian dalam pendidikan.

Dalam cerita ini, pendidikan membentuk siapa kita hari ini dan siapa kita akan jadi pada masa hadapan.

Justeru, marilah kita belajar untuk saling menghormati, menghargai dan mengagumi antara satu sama lain.

Jangan mudah menghakimi, sebaliknya jadilah manusia yang menyokong dan menyebarkan kebaikan.

Setiap insan sedang bertarung dalam perjalanannya tersendiri, dan semua itu layak diraikan.

BACA: Tak Sangka, Macam Ni Rupanya Hidup Pelajar “Masscom”

BACA: Polis Tahan Tiga Lelaki Ceroboh Kawasan Hutan Simpan Rotan Tunggal

BACA: Bapa Korea Luah Perasaan Bila Anak Perempuan Kahwin Dengan Lelaki Melayu

Sumber: TikTok @cakthoriqofficial