Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Indonesia Terkejut Dengan Keadaan Banjir Di Malaysia

indonesia banjir malaysia
Kredit: Video orang awam

Berikutan hujan lebat berterusan yang melanda Sabah dan Sarawak, beberapa kawasan di sana kembali dilanda banjir.

Antara kawasan yang terjejas termasuk Kota Marudu, Paitan dan Pitas di Sabah serta Kuching di Sarawak.

Sejak semalam, air mula naik dan penduduk ditempatkan di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS).

Setakat pagi ini, Bernama melaporkan seramai  1,020 orang daripada 502 keluarga terjejas di Sabah. Manakala di Sarawak, 341 orang daripada 91 keluarga dipindahkan ke PPS.

Warga Indonesia terkejut lihat banjir di Malaysia

Dalam menghadapi situasi banjir, seorang warga Indonesia yang kini berada di Kuching, Sarawak terkejut apabila banjir melanda kawasan itu.

"Pertama kali melihat Kuching, Malaysia banjir," kongsi lelaki itu di laman TikTok peribadinya.

Bukan itu sahaja, rakaman yang menunjukkan keadaan banjir di kawasan sekitar itu turut mendapat perhatian apabila warga maya melihat air banjir yang jernih.

"Air banjirnya berbeza, di situ jernih," ulas seorang warga maya.

Sementara itu, orang ramai turut berkongsi keadaan banjir di beberapa kawasan lain di kedua buah negeri itu.

Kejadian seperti pokok tumbang dan pemindahan pelajar sekolah turut dilapor orang ramai.

Banjir di Taman Paradise

Banjir di laluan Kanibungan-Paitan

Banjir di Tingkalanon

Banjir di Kota Marudu

Banjir di sebuah hospital

Keadaan banjir pagi ini di Paitan

Dalam pada itu, pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak memaklumkan keadaan air di sekitar Asajaya dan Sadong Jaya masih tinggi setakat semalam.

Pasukan berkenaan telah melaksanakan aktiviti pemantauan di beberapa kampung sebagai langkah memastikan keselamatan penduduk terjamin serta keadaan semasa terkawal.

Menerusi perkongsia di laman TikTok badan berkenaan, aktiviti pemantauan melibatkan beberapa kawasan kampung termasuk Kampung Ulu Semera, Kampung Asajaya Lot dan Kampung Sampun Kelili.

"Hasil tinjauan mendapati paras air di Kampung Ulu Semera berada pada aras buku lali, manakala di Kampung Asajaya Lot dan Kampung Sampun Kelili paras air masih tingg sehingga sekitar lima kaki," maklum APM Sarawak.

Susulan itu, rondaan diteruskan oleh pasukan pemantauan bagi memastikan semua pihak kekal bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.