Mood rakyat Malaysia khususnya peminat bola sepak ketika ini masih lagi meraikan kemenangan skuad kebangsaan tempoh hari yang berjaya menumbangkan rival serumpun, Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Berada di kedudukan kedua ketika ini, di belakang Vietnam Kumpulan G Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia dan Asia selepas lima perlawanan, mungkin ada yang tertanya-tanya peluang Malaysia untuk melangkah lebih jauh selepas ini.

Bagi menjelaskan perkara berkenaan, seorang pengguna Twitter, Che Gan melalui tweetnya tampil menjelaskan cara kiraan mata untuk pasukan Malaysia layak ke kedua-dua temasya besar itu, berdasarkan baki perlawanan yang tinggal.
Jadi juara kumpulan atau 4 terbaik naib juara
Kali pertama pusingan Piala Dunia & Asia dijalankan serentak
Berapa mata untuk Malaysia layak?
9 mata untuk 3 perlawanan sukar
16 atau 17 mata untuk layak ke peringkat seterusnya
Kepada semua rakyat Malaysia, teruskan berdoa untuk kejayaan skuad kebangsaan dan harapan kita untuk ke melihat bola sepak Malaysia berentap di pentas yang lebih besar.
Sumber: Twitter Che Gan

