Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Jadi Jutawan Segera Selepas Terjumpa Syiling Emas Berusia Lebih 700 Tahun

Gambar: Daily Mail

Seorang pakar pengesan logam menjadi ‘orang kaya baru’ selepas dia menemui satu logam yang merupakan duit syiling emas pertama England.

Tidak melepaskan peluang, dia menjual syiling emas tersebut pada harga RM 3.7 juta dalam sebuah acara lelongan.

Michael Leigh-Mallory menemukan syiling emas tersebut ketika dia sedang mengesan logam menggunakan alat pengesan logam miliknya di sebuah ladang di Hemyock, Devon pada bulan September lalu.

Syiling emas yang memaparkan ukiran Raja Henry III itu berasal sekitar tahun 1257 dan dibuat oleh William of Gloucester menggunakan emas yang diimport dari Afrika Utara dengan ukuran kurang daripada 2.5 sentimeter.

Menurut laporan Daily Mail, syiling emas tersebut hanya terdapat lapan keping yang baru ditemui dan kebanyakannya disimpan di dalam muzium.

Namun begitu, syiling ini merupakan syiling emas pertama yang ditemui dalam 260 tahun ini.

Michael tidak mengetahi bahawa syiling tersebut mempunyai nilai yang luar biasa tingginya sehingga dia memuat naik gambar syiling emas tersebut ke dalam Facebook dan dihubungi oleh firma lelongan, Spink & Son di London.

Syiling emas Raja Henry III ini dikatakan oleh pakar syiling bahawa ukiran yang terdapat di atas syiling tersebut merupakan potret ‘sebenar’ Raja England ketika itu yang sedang duduk di atas takhtanya.

Sumber: Daily Mail