Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Meninggal Dunia Setelah Beberapa Minit Dapat Bertemu Ayahnya Yang Terpisah 35 Tahun

Gambar: Mirror

Hari gembira seorang lelaki yang dapat bertemu kembali dengan ayah kandungnya setelah terpisah selama berpuluh-puluh tahun akhirnya bertukar menjadi tragedi.

Paul Cowell, 56, maut apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah camper van dalam satu kemalangan ngeri di Isle of Man, Ireland baru-baru ini.

Difahamkan, punca kemalangan tersebut dipercayai disebabkan Paul gagal mengawal penglihatan ekoran terkena kesan silau matahari di depannya semasa sedang menaiki bukit di Mountain Road Guthries.

Anak tiri Paul, Demi Ramshaw, 22, berkata, kemalangan itu berlaku 10 minit selepas lelaki itu berpeluang bertemu semula dengan ayahnya yang telah terpisah selama 35 tahun.

“Dia membawa dua anaknya untuk bertemu dengan datuk mereka buat pertama kali, kemudian dia pergi untuk melakukan satu pusingan terakhir melawat pusara ibunya di Mountain Road.

“Saya baru saja melahirkan seorang bayi yang berusia 12 hari dan dia sempat bertemu dengannya sekali saja. Ia benar-benar tragis,” katanya, memetik laporan Mirror.

Paul meninggalkan dua anak lelakinya, Daniel, 32; Darren, 29; anak tirinya, Demi, 22; isterinya, Nicola Clark, 40; cucu (anak Demi), Lake Reeve yang berusia 12 hari dan beberapa ahli keluarga yang lain.

Selepas kematian itu, Demi dan keluarga cuba menghantar jenazah ayahnya ke tanah perkuburan Fleetwood untuk pengebumian, namun dakwa mereka kosnya terlalu tinggi.

Jelas Demi, kos pengebumian tersebut mencecah kira-kira RM34,100 manakala wang simpanan mereka hanyalah sekitar RM14,600 sahaja ketika itu.

Bagaimanapun keluhan mereka didengari laman kebajikan sosial GoFundMe dan sebuah tabung khas sumbangan awam dilancarkan.

Sumber: Mirror