Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: The Mirror

Lelaki Nekad Halau Kekasih Keluar Rumah, Tak Tahan Makanan Asyik Kena ‘Cuit’

Nurlizah Khazani

Lelaki Nekad Halau Kekasih Keluar Rumah, Tak Tahan Makanan Asyik Kena ‘Cuit’

Akibat tidak tahan dengan tabiat pelik teman wanitanya yang suka ‘mencuit makanan’, seorang lelaki bertindak meninggalkan wanita tersebut dengan menghalaunya keluar dari rumah, lapor Mirror UK.

Difahamkan, teman wanitanya enggan berhenti menggigit makanannya walaupun sudah diberitahu. Oleh itu, lelaki tersebut yang tidak tahan akan perangai wanita tersebut bertindak menghalaunya keluar dari rumahnya sehingga menyebabkan wanita itu kehilangan tempat tinggal.

Couples often share food - but not like this

Lelaki tersebut yang berusia 22 tahun dilaporkan telah menjalinkan hubungan cinta bersama teman wanitanya yang berusia 25 tahun dan mereka telah tinggal bersama di rumah lelaki berkenaan sejak 3 bulan lalu.

Akhirnya, tabiat pelik itu diketahui oleh lelaki tersebut setelah mereka duduk bersama.

Setiap kali keluar makan, wanita itu akan menggigit makanannya dan lama-kelamaan membuatkan lelaki itu menjadi kurang selesa.

Wanita itu sentiasa mahu menjadi orang pertama yang menerima suapan makanan lelaki itu.

Lelaki itu berkata, “dia akan mengambil bahagian pertama stik/salmon/kek saya,” katanya.

Their relationship is at straining point

“Saya telah banyak kali berbincang dengannya tentang perkara ini, tetapi dia berkata ia perkara yang comel,” katanya lagi.

Apabila teman wanitanya mendapat peluang latihan, lelaki itu menawarkan untuk teman wanita tinggal bersamanya dengan bayaran sewa percuma supaya dia dapat melakukan perjalanan yang lebih singkat.

Namun, wanita itu perlu memenuhi syarat yang dibuat iaitu ‘menghentikan kelakuan ini’.

Namun ia dilaporkan hanya bertahan untuk bulan pertama mereka tinggal bersama dan kemudian dia telah kembali ke tabiat lamanya semula.

Lelaki itu turut menceritakan, dia pernah membeli kek dan membahagikannya kepada lapan bahagian lalu meninggalkannya di dalam peti sejuk untuk keluar dengan kawannya sebentar.

Setelah pulang ke rumah, dia mahu memberikan beberapa keping kek tersebut sebagai tanda terima kasih kerana sudah menghantarnya pulang.

“Bayangkan, saya amat terkejut apabila melihat setiap keping kek telah digigit. Saya menelefon rakan saya bahawa saya berhutang kek kepadanya dan dia tidak perlu menunggu saya turun semula,” jelas lelaki itu.

“Saya marah dan memberitahunya bahawa dia memalukan saya dan kami perlu mencari penyelesaian. Dia bersikap defensif dan berkata dia memakannya kerana sangat menyayangi saya. Semua wanita melakukan ini dan lelaki akan menyukainya,” beritahu lelaki itu.

Bagaimanapun, lelaki itu menambah pada keesokan harinya dia telah membeli peti yang berkunci untuk diletakkan di dalam peti sejuk.

“Dia marah, tetapi tidak dapat berbuat banyak. Malam tadi, dia telah memecahkan kunci dan telah menggigit semua makanan ringan saya dan dua keping baguette di sana,” cerita lelaki itu.

“Saya menyuruhnya mengemas barang dan keluar pergi sementara saya tinggal bersama ibu selama beberapa jam. Dia memarahi saya kerana menyebabkan dia kehilangan tempat tinggal dan mungkin merosakkan peluang pekerjaannya.”

Pengalaman lelaki ini mengundang banyak pandangan dari netizen yang membaca. Rata-rata dari mereka menyokong tindakan lelaki itu berpisah dengan teman wanitanya kerana menganggap wanita itu tidak menghormati pasangannya.

Sumber: Mirror UK