Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lelaki Selamba Tolong Promosi Roti Di Pasar Raya, Ramai Datang Singgah
Sifat ekstrovert sering kali dikaitkan dengan keupayaan seseorang untuk tampil yakin, berani dan mudah bergaul dalam pelbagai situasi sosial.
Individu yang memiliki sifat ini biasanya tidak gentar untuk mencuba perkara baharu dan menjadikan pengalaman harian sebagai ruang untuk berinteraksi serta mencipta memori unik.
Keinginan unuk mencuba sesuatu yang di luar kebiasaan juga sering mendorong seseorang bertindak secara spontan tanpa terlalu memikirkan tanggapan orang sekeliling. Tindakan ini bukan sahaja mencerminkan keberanian tetapi juga mampu menceriakan suasana.
Itulah yang berlaku apabila seorang pengguna TikTok yang ingin dikenali sebagai @camahensem singgah di kedai roti yang berada di dalam pasar raya Mid Valley.
“Buat side quest,” ujarnya.
Sambil merakam, lelaki berkenaan meminta izin pekerja di kedai roti untuk sama-sama mempromosi produk berkenaan.
“Kak, kalau nak jerit sekali boleh? Nak jerit apa?” Soal lelaki berkenaan.
Pekerja kedai yang pada asalnya terkejut dan terpinga-pinga dengan permintaan lelaki berkenaan mengalu-alukan kehadirannya bagi membantu mereka mempromosi roti garlic cream cheese.
Tanpa berlengah, lelaki berkenaan mengambil loceng dari pekerja kedai dan mula melaungkan promosi yang sedang berlangsung.
Suara lantang lelaki berkenaan tidak hanya kedengaran jelas, malah menarik ramai pengunjung untuk mencuba roti garlic cream cheese yang turut diletakkan sebagai tester.
Bukan hanya itu, suara pekerja kedai yang pada awalnya tidak berapa jelas kedengaran juga kedengaran bersemangat mempromosi tatkala lelaki berkenaan mula melontarkan suaranya memanggil pelanggan.
Perkongsian lelaki ini mendapat perhatian warga maya yang terhibur dengan aksi spontannya.
“Tak, masalahnya ramai yang datang. Side mission completed,” ujar seorang warga maya.
“Macam suara Welcome to Uniqlooooo,” ulas seorang lagi.
“Tiba-tiba pengalaman bekerja bertambah dalam resume,” kata lelaki yang lain.
Sumber: camahensem
BACA: Hanya Naik Skuter, Lelaki Taiwan “Ride Solo” Jelajah Semenanjung
BACA: Lelaki Kongsi Apa Yang Ada Di Puncak Pedas Linggi Lookout Point