Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Tempatan Ditahan Di Thailand Disyaki Ada Rangkaian Sindiket Tempatan – Polis

Hannah
letupan universiti
Gambar: MKN

Lelaki Tempatan Ditahan Di Thailand Disyaki Ada Rangkaian Sindiket Tempatan – Polis

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengenal pasti rangkaian sindiket melibatkan seorang lelaki tempatan yang ditahan pihak berkuasa Thailand di negara jiran itu bersama 75 kilogram (kg) dadah jenis ketamin di dalam kereta dipandunya pada Khamis lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya percaya lelaki berusia 25 tahun itu mempunyai rangkaian sindiket di negara ini.

“JSJN sedang mengenal pasti dan mencari rakan-rakan beliau yang dipercayai terlibat dalam sindiket itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hussein berkata ketika ini lelaki berkenaan masih berada dalam tahanan pihak berkuasa Thailand dan PDRM sedang menunggu keputusan siasatan pihak berkuasa negara jiran itu sebelum mengambil tindakan susulan termasuk membawa pulang suspek ke negara ini.

Isnin lepas, Hussein memaklumkan suspek terbabit ditahan ketika sekatan jalan raya di Wilayah Chumphon dengan rampasan 75kg dadah jenis ketamin yang ditemukan di dalam kereta dipandunya pada 6 Nov.

Media Thailand melaporkan suspek ditahan dalam operasi oleh Biro Pembanterasan Narkotik Polis (PNSB) Thailand bersama-sama Polis Wilayah Chumphon di sekatan jalan Mukim Hong Charoen, daerah Tha Sae, Wilayah Chumphon di Selatan Thailand.

Sumber: BERNAMA