Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Terkejut Beli Nasi Lemak Siap Dapat ‘Free Gift’ Mangkuk

Nur Farra

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dibuat, ramai diantara kita yang memilih khidmat ‘rider’ atau ‘runner’ untuk menghantar makanan.

Ini sebagai langkah mengurangkan orang ramai untuk keluar serta tidak dijangkiti wabak COVID-19.

Pelbagai kedai dan restoran menawarkan khidmat penghantaran untuk memudahkan dan memberi orang ramai pilihan untuk memilih.

Peniaga-peniaga ini pastinya mendapat permintaan yang sangat tinggi. Kisah lucu dikongsi seorang individu melalui Twitter miliknya menunjukkan peniaga nasi lemak yang dibelinya tertinggal mangkuk didalam kotak makanan yang diterima.

Dia mengakui terkejut namun terhibur dengan ‘free gift’ yang diterima.

Sumber: Twitter @Afqaz