Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Terkejut Tiba-tiba Disahkan Hamil, ‘Penjelasan Lanjut’ Dari Doktor Buatnya Tarik Nafas Lega

Gambar Hiasan via Google

Seorang lelaki di Zhongshan, China terkejut apabila disahkan hamil setelah menjalani pemeriksaan ultrabunyi di sebuah hospital tempatan kerana mengalami masalah sakit perut.

Menurut Global Times, Wu dikatakan terkejut susulan laporan perubatannya mengatakan bahawa dia hamil dengan embrio normal.

Dia kemudiannya meminta penjelasan daripada doktor mengenai laporan tersebut, membuatkan pihak hospital membuat penelitian semula.

Hasilnya, doktor yang merawatnya meminta maaf, menjelaskan laporan itu merupakan salinan versi pesakit sebelumnya dan pihak mereka terlupa untuk memadam diagnosis berkenaan.

Wu kemudiannya disahkan tidak hamil dan tidak mengalami sebarang masalah kesihatan yang teruk.

Sumber: Global Times