Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lembaga Lebuhraya Malaysia Lancar Aplikasi Navigasi Pintar, TuJu
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah melancarkan aplikasi navigasi lebuh raya yang dipanggil TuJu pada Rabu lalu.
Dibangunkan sejak 2022, aplikasi itu merupakan hasil kerjasama LLM dan Prosignal Consortium Sdn. Bhd. (PCSB).
Menurut LLM, TuJu dibangunkan bagi meningkatkan keselamatan, keberkesanan laluan dan keselesaan untuk pengguna lebuh raya di Malaysia.
“TuJu berintegrasi penuh bersama aplikasi MyJalan, membolehkan pengguna menghantar aduan dan mengakses platform tersebut terus dari aplikasi,” kata LLM.
Lebih menarik, aplikasi ini dilengkapi ciri navigasi pintar seperti navigasi tepat, maklumat tol dan trafik masa nyata, kemudahan kawasan rehat dan rawat, akses kamera CCTV secara langsung dan bantuan kecemasan.
Sementara itu, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yang turut hadir merasmikan aplikasi itu berkata TuJu dibangunkan untuk memudahkan perancangan perjalanan, menjadi platfrom bantuan kecemasan yang pantas serta meningkatkan kecekapan operasi konsesi lebuh raya.
“Melalui objektif ini, TuJu berfungsi sebagai inisiatif pintar yang menggabungkan teknologi dan keselamatan bagi memastikan pengalaman perjalanan yang lebih mudah, cepat dan selamat,” katanya.
TuJu sudah boleh dimuat turun di gedung aplikasi seperti Google Play Store dan Apple App Store. Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang www.tuju.my untuk maklumat lebih lanjut berkaitan aplikasi tuju.
Sumber: Lembaga Lebuhraya Malaysia