Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di lima negeri sehingga jam 7 malam ini.
Menurut kenyataan, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Perak, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.
"Di Perak, daerah yang diramal hujan adalah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Hilir Perak dan Batang Padang.
"Manakala di Pahang pula hanya melibatkan kawasan Tanah Tinggi Cameron.
"Sementara di Johor pula melibatkan kawasan Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
"Beralih ke Sarawak, kawasan yang dijangka hujan adalah Kuching (Lundu), Sarikei, Sibu (Kanowit dan Selangau), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Bintulu (Tatau), Miri (Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang (Limbang).
"Di Sabah pula termasuk Pedalaman (Keningau dan Tambunan), Pantai Barat dan Kudat (Kota Marudu dan Kudat)," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.