Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Pelajar sekolah kelantan Tifoid
Gambar: Portal My Health

Lima Pelajar Sekolah Menengah Di Kelantan Dijangkiti Tifoid

Iqbal Yasir

Lima Pelajar Sekolah Menengah Di Kelantan Dijangkiti Tifoid

KOTA BHARU, 2 Julai (Bernama) — Lima daripada 22 pelajar di sebuah sekolah menengah di Kota Bharu disahkan dijangkiti tifoid atau demam kepialu, menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.

Beliau berkata 17 pelajar lagi sedang disaring di bilik isolasi di Hospital Tumpat dan Hospital Tengku Anis di Pasir Puteh.

“Pejabat Kesihatan Daerah Kota Bharu (PKDKB) sejak 20 Jun lepas membuat ujian saringan ke atas kakitangan dan pelajar sekolah berkenaan yang mengalami simpton tifoid.

“Antara gejala tifoid adalah demam, cirit-birit, sakit perut, muntah, loya, sembelit, sakit kepala, keletihan dan kurang selera makan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Dr Zaini berkata demam kepialu sejenis penyakit berjangkit akibat jangkitan kuman iaitu salmonella typhi dan jangkitan kuman berkenaan merebak melalui beberapa cara seperti makanan atau minuman yang dicemari najis mengandungi kuman itu.

BACA: Pelajar Tingkatan 1 Dipercayai Terjatuh Dari Tingkat Lima Dilapor Meninggal Dunia

“Justeru saya meminta jika ada kakitangan atau pelajar terlibat yang bergejala diminta memaklumkan segera kepada pihak pengurusan sekolah untuk penilaian klinik kesihatan. Sebarang pertanyaan, boleh diajukan ke WhatsApp PKDKB di talian 013-978 3378 atau Pegawai Kesihatan Epidemiologi PKDKB di talian 019-3086126,” katanya.

Sumber: BERNAMA