Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Selatan Bali Digegar Gempa Bumi

Nur Adnin
gempa bumi lombok
Gambar: Met Malaysia

Satu gegaran gempa bumi sederhana bermagnitud 5.8 dikesan berlaku di Selatan Bali, Indonesia dalam kejadian pukul 4:36 petang tadi, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia).

Menurut Met Malaysia, pusat gempa bumi tersebut adalah terletak di 9.5 darjah selatan dan 115.6 darjah timur dengan kedalaman 141 kilometer.

Difahamkan, pusat gempa itu juga dikesan terletak kira-kira 98 kilometer tenggara dari wilayah Denpasar, Indonesia.

Bagaimanapun menurut Met Malaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia yang dikeluarkan setakat ini.

Sumber: Met Malaysia