Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lori Dipercayai Kemalangan, Trafik Dilapor Sesak 11km Dari Sungkai Ke Slim River

trafik dilapor sesak 11km dari sungkai ke slim river
Gambar: info.semasa_my

Lori Dipercayai Kemalangan, Trafik Dilapor Sesak 11km Dari Sungkai Ke Slim River

Trafik dilaporkan sesak di Lebuhraya Plus di KM 370.5 arah Selatan dari Sungkai ke Slim River selepas satu kemalangan dipercayai berlaku sebentar tadi.

Menurut ciapan ringkas @plustrafik, semua lorong terhalang dan menyebabkan trafik sesak sepanjang 11 kilometer.

“Kerja-kerja pengalihan masih dijalankan, laluan kontra masih diaktifkan,” kata @plustrafik menerusi ciapan itu.

Berikutan itu, orang ramai diminta untuk menggunakan jalan alternatif.

Sementara itu, tular di media sosial mengenai satu video yang memaparkan sebuah lori terbakar selepas dipercayai terlibat dalam kemalangan sekitar jam 2.30 petang hari ini.

Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai kemalangan itu masih belum diketahui.

Sumber: plustrafik, info.semasa_my