Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lori Kemalangan Di Jalan Maran-Sri Jaya Pagi Tadi, Muatan Dedak Jagung Tertumpah Penuhi Jalan

Kredit: Facebook

Satu kemalangan melibatkan sebuah lori membawa muatan dedak jagung dilapor berlaku di Jalan Maran – Sri Jaya pagi tadi.

Menurut Lebuhraya Pantai Timur (LPT), lokasi kemalangan itu dilaporkan berlaku pada KM180 laluan antara Maran ke Sri Jaya, menghala ke Kuantan. Lori berkenaan dilapor terbabas ke bahagian sisi penghadang laluan yang terdapat di jalan tersebut.

Kredit: Facebook

Akibatnya, muatan yang dibawa oleh lori terbabit tertumpah pada laluan menghala ke Kuala Lumpur dan menutupi keseluruhan lorong-lorong lebuhraya berkenaan.

Disebabkan itu, terdapat kelewatan dari segi aliran trafik berikutan kerja-kerja pembersihan yang dijalankan di lokasi kemalangan.

Kini, pihak LPT melaporkan bahawa pengurusan trafik secara Stop & Go pada laluan menghala Kuala Lumpur telah diaktifkan untuk kerja-kerja pembersihan di lokasi.

Kredit: Facebook

Pihak LPT turut meminta pengguna jalan raya agar bersabar dan mematuhi arahan petugas di lokasi berkenaan.

Sumber: Lebuhraya Pantai Timur via Facebook