Terkini

AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
lubuk emas china
Kredit: Xinhua

‘Lubuk’ Emas Terbaru Ditemui Di China, Dianggar Bernilai RM369 Bilion

Azizah Najib

‘Lubuk’ Emas Terbaru Ditemui Di China, Dianggar Bernilai RM369 Bilion

Sebuah kawasan emas yang besar ditemui di Wilayah Tengah Hunan, dipercayai mengandungi rizab simpanan emas bernilai kira-kira 600 bilion yuan (RM369 bilion), lapor South China Morning Post.

Lebih 40 serpihan emas baharu ditemui berada sedalam 2,000 meter di bawah tanah lombong emas Wangu, daerah Pingjiang. Menurut Institut Geologi Hunan, penemuan itu menjadikan jumlah sumber emas di lombong tersebut adalah 300.2 tan.

Kumpulan penyelidik itu turut menjangkakan terdapat lebih 1,000 tan rizab emas lagi dengan jangkaan nilai lebih USD82.8 bilion berdasarkan pasaran semasa.

BACA: Inflasi Malaysia Catat 1.9 Peratus Pada Oktober – DOSM

Timbalan Pengarah Institut, Liu Yongjun berkata penemuan tersebut merupakan pencapaian yang besar dalam strategi eksplorasi mineral China.

“Penemuan ini penting dalam membantu menjaga keselamatan sumber negara,” ujarnya.

Kawasan emas Wangu merupakan salah satu hub lombong emas terpenting di China. Sejak 2020, lebih 100 milion yuan dilaburkan oleh pihak berkuasa tempatan bagi projek eksplorasi mineral di kawasan tersebut.

Permintaan emas di China semakin meningkat semenjak kebelakangan ini disebabkan pengguna dan pelabur runcit meningkatkan pegangan emas mereka. Hal ini berikutan ketidakstabilan ekonomi tempatan dan global.

BACA: Niat Memancing Terbantut, Lelaki Kongsi Detik Selamatkan Empat Mangsa Bot Karam

Walau bagaimanapun, pembelian emas baru-baru ini mula berkurangan selepas Bank Pusat China menggantung pembelian emasnya pada Mei. Pengukuhan USD berbanding yuan selepas kemenangan Donald Trump juga memainkan peranan.

Harga emas turun hampir ke paras terendah dalam dua bulan, begitu juga harga runcit barang kemas.

Sejak kebelakangan ini, China mula meningkatkan pelaburan dalam eksplorasi sumber mineral dengan rancangan pembangunan 2021-25. Rancangan pembangunan tersebut memerlukan usaha yang lebih besar dalam meningkatkan rizab dan pengeluaran mineral domestik.

BACA: Ribuan Ulat Muncul, ‘Berterbangan’ Hingga Melekat Pada Baju Penduduk

Pada tahun lalu, pelaburan tersebut meningkat lapan peratus tahun ke tahun sehingga mencapai 110.5 bilion yuan. Pelaburan ini turut membantu meningkatkan rizab sumber strategik termasuk minyak, gas semula jadi, nadir bumi dan emas.

Pada September, 4.96 tan nadir bumi ditemui di Liangshan Yi, manakala beberapa bulan sebelum itu, 43.2 tan rizab emas pula ditemui di utara daerah Qinghai. Lombong emas Xiling di timur Shandong pula mengesahkan penemuan 200 tan rizab emas lagi pada Mei 2023. Ini meningkatkan jumlah rizabnya kepada 580 tan.

Sumber: South China Morning Post