Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lukis Mural Sungai Di Koridor Sekolah, Hasil Sentuhan Kreatif Cikgu Ini Buat Ramai Kagum

Koridor Sekolah
Kredit: @Cikgudipi

Lain macam kreativiti cikgu zaman sekarang. Koridor kelas yang kelihatan biasa-biasa sahaja sebelum ini, berubah secara drastik.

Ia menjadi laluan berwarna-warni yang bukan sahaja cantik dilihat, malah boleh menarik perhatian para pelajar untuk mereka jadikan ruang pembelajaran di sana.

Lukisan mural di koridor sekolah

Itu yang dapat dilihat menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh seorang guru seni visual, @Cikgudipi di TikTok baru-baru ini.

Menerusi video itu, guru tersebut dilihat sedang menghasilkan lukisan mural di koridor sekolah dengan konsep sungai yang dihiasi dengan pelbagai ilustrasi.

Menariknya, mural terbabit bukan sekadar lukisan sungai biasa apabila guru berkenaan turut menampilkan lukisan seekor singa, daun teratai dan batu pijakan yang menjadikan keseluruhan laluan kelihatan lebih hidup.

Malah, terdapat juga petak kecil yang terlihat seperti sebuah titi kayu, ditulis nama hari dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris di atasnya, membolehkan pelajar mengenali serta mengingati nama-nama hari tersebut dengan cara yang lebih menyeronokkan.

Beliau turut menunjukkan proses mengecat laluan berkenaan menggunakan beberapa warna bagi menghasilkan lukisan yang menarik.

Hasil akhirnya sememangnya mencuri perhatian apabila koridor kelas bertukar menjadi seakan-akan permainan yang boleh menarik minat murid untuk belajar.

Menurut Cikgudipi, beliau mengambil masa antara satu hingga dua hari untuk menyiapkan lukisan di kawasan seluas itu.

Ruangan komen dipenuhi pujian dan komen mencuit hati

Menjengah ke ruangan komen, ia dibanjiri pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya kagum dengan hasil lukisan Cikgudipi.

Ada juga yang sempat menyelitkan komen lucu sehingga mencuit hati. Gelagat netizen yang berseloroh itu menjadikan perkongsian berkenaan lebih menghiburkan dan mencetuskan pelbagai reaksi.

Kreativiti seperti ini secara tidak langsung boleh menjadikan persekitaran sekolah lebih ceria, sekali gus mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik untuk para pelajar.

Kadangkala, pembelajaran bukan hanya berlaku di dalam kelas.

Dengan sedikit kreativiti, kawasan sekolah yang biasa pun boleh diubah menjadi ruang yang menyeronokkan untuk para pelajar meneroka dan belajar.

Intipati
  • Cikgudipi menghasilkan mural bertema sungai di koridor kelas menerusi video tular TikTok.
  • Mural itu memaparkan singa, daun teratai, batu pijakan dan titi kayu berwarna-warni.
  • Nama hari dalam bahasa Melayu dan Inggeris ditulis bagi membantu pembelajaran pelajar.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan