Berhubung dengan siasatan sindiket Macau Scam, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) telah membuka sebanyak 4,865 kertas siasatan pada tahun ini.
Menurut Timbalan Pengarah JSJK, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata daripada jumlah tersebut terdapat 2,471 tangkapan telah dibuat dan sebanyak 1,747 telah dituduh di mahkamah.
Tambahnya lagi, sindiket ini akan menghubungi mangsa menggunakan nombor ‘spoofing’ iaitu nombor yang telah diubahsuai menggunakan Voice Over Internet Protocol (VOIP) serta menyamar sebagai pihak berkuasa dan insitusi kewangan.
“Mangsa akan ditakut-takutkan oleh sindiket dengan mengatakan mangsa mempunyai tunggakan bayaran pinjaman bank atau telah terlibat dengan kes jenayah seperti langgar lari, dadah atau pengubahan wang haram,” jelasnya lagi.
Mangsa akan diminta untuk memberikan maklumat kewangan dan perbankan kepada penyamar dengan alasan untuk siasatan. Bukan itu sahaja, golongan ini sering menyasarkan kepada golongan pesara dan mereka yang sudah lanjut usia.
Kes seperti ini sering berlaku kepada warga emas dan golongan pesara kerana mereka dianggap kurang terdedah dengan sindiket penipuan Maau Scam berbanding dengan orang muda.
Sehubungan dengan itu, pihak berkuasa sedang mencari jalan penyelesaian terbaik untuk mengelak golongan berkenaan terbabit dengan jenayah tersebut.
Sumber: Awani