Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

MAGGI® Wanita Cukup Berani Perkasakan Lebih 4 Ribu Wanita, Menyasarkan 10 Ribu Lagi Menjelang 2026

MAGGI® Wanita Cukup Berani Perkasakan Lebih 4 Ribu Wanita, Menyasarkan 10 Ribu Lagi Menjelang 2026

Bersempena lebih lima dekad MAGGI® bersama rakyat Malaysia, program Wanita Cukup Berani (WCB) kini kembali untuk tahun keempat. Inisiatif ini menjadi inspirasi kepada wanita Malaysia untuk mengenal potensi sebenar, mengejar cita-cita dan berani melangkah ke hadapan demi diri dan komuniti dengan kepercayaan bahawa keberanian dan makanan yang menyatukan mampu mencetuskan perubahan besar.

Berteraskan semangat Tak Kenal, Tak Cinta, WCB telah membina ekosistem sokongan daripada bimbingan, latihan digital dan keusahawanan, hingga jaringan komuniti mampu membantu wanita terus berkembang walaupun selepas menamatkan program.

Sejak dimulakan, WCB telah memperkasakan lebih daripada 4,000 wanita di serata Malaysia dan bertekad untuk memperkasakan 10,000 wanita di seluruh negara menjelang 2026 dan melahirkan sekurang-kurangnya 20 usahawan makanan baharu.

Menurut Yang Berhormat Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, menekankan bahawa WCB memperlihatkan matlamat negara untuk memperkasakan wanita, merapatkan jurang kesaksamaan dan meningkatkan ilmu digital. “Saya amat berbangga melihat program MAGGI® Wanita Cukup Berani menzahirkan visi ini.

Berkat latihan kemahiran, galakan dan juga peluang untuk mencuba sesuatu yang baharu. Sesungguhnya apabila wanita menyedari keupayaan sebenar masing-masing, mereka akan mula menghargai perjalanan mereka sendiri, dan memupuk keberanian untuk melangkah lebih jauh lagi.”

Beliau turut memuji usaha MAGGI® membuka peluang yang lebih luas menerusi pakatan dengan organisasi rakan kerjasama seperti Google, TikTok, dan Kementerian Kesihatan untuk menggalakkan pemakanan lebih sihat: “Usaha ini mengingatkan kita bahawa perubahan sebenar berlaku menerusi kerjasama, apabila kerajaan, sektor swasta dan komuniti berganding bahu dan berpimpin tangan.”

En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé Malaysia, menekankan matlamat korporatnya yang lebih luas untuk meningkatkan kualiti kehidupan dan memainkan peranan membina masa depan yang lebih sihat dan lestari; hakikatnya jenama-jenama memikul tanggungjawab untuk membawa manfaat kepada masyarakat dengan mendekati komuniti di peringkat akar umbi. “Wanita Cukup Berani merupakan contoh nyata kepercayaan ini yang memberi tumpuan khusus kepada usaha memperkasakan wanita.

Nestlé berbangga dapat bekerjasama dengan Google dan TikTok, yang melalui kepakaran serta platform mereka membuka peluang digital baharu kepada wanita dalam cara yang dahulunya sukar dibayangkan. Kerjasama ini membuktikan bagaimana perkongsian antara sektor awam dan swasta dapat melahirkan inisiatif yang bukan sahaja memberi impak besar tetapi juga mampan dan berpanjangan.”

Sempena ulang tahun ke-50 MAGGI® membekalkan makanan berkhasiat kepada rakyat Malaysia, WCB kini sudah berkembang maju daripada menjadi teman yang boleh dipercayai di dapur kepada rakan kongsi yang benar-benar memperkasakan wanita. “Makanan yang lazat dan keseronokan memasak sentiasa menjadi nadi kepada kisah MAGGI®.

Makanan bukan sahaja membekalkan tenaga. Masakan yang disediakan melambangkan kasih sayang yang mengeratkan ikatan keluarga, dan hasil kreatif yang menghidangkan pelbagai cita rasa dan tekstur.

Malah makanan juga meningkatkan harga diri, dan membuka peluang untuk menjana pendapatan seperti yang kita lihat daripada kejayaan ahli alumni WCB,” kata Cik Ivy Tan Link Cheh, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MAGGI® Malaysia dan Singapura.

Beliau menambah: “Apabila kami melancarkan program Wanita Cukup Berani (WCB) empat tahun lalu, kami sedar ramai wanita sebenarnya sudah memiliki kemahiran, kreativiti dan keazaman yang tinggi.

Apa yang sering mereka perlukan ialah galakan dan suntikan keyakinan untuk mencuba sesuatu yang baharu. Di sinilah WCB memainkan peranan, iaitu membantu wanita menyedari bahawa mereka memang cukup berani untuk mencuba, belajar dan melangkah ke hadapan.

Kejayaan WCB tidak akan tercapai tanpa sokongan para mentor yang berdedikasi, dan tahun ini kami berbesar hati kerana Anne Idris, Alleena Abdullah, Chef Naem dan Ven Luan turut membimbing para peserta melalui modul dalam talian dan secara bersemuka.

Dengan ilmu, bimbingan dan peluang yang diberikan, WCB akan terus memperkasakan wanita untuk membina masa depan yang lebih yakin. Kepada semua peserta dan lebih 4,000 alumni WCB, gerakan ini adalah milik anda. Terima kasih kerana menunjukkan makna sebenar keberanian, ketabahan dan kasih sayang melalui dunia masakan.”

Semasa pelancaran WCB 2025, panel jemputan menekankan peranan penting pendigitalan, bimbingan dan latihan kemahiran dalam membantu wanita mencapai potensi sebenar mereka.

Melalui perkongsian pengalaman alumni dan pandangan pakar, sesi ini memperlihatkan komitmen berterusan MAGGI® terhadap pembelajaran yang inklusif dan mudah diakses, serta usaha memupuk bakat wanita ke arah pembangunan negara. Ia membuktikan bahawa apabila wanita diberi keyakinan, sokongan dan peluang, mereka mampu membawa perubahan positif kepada keluarga, komuniti dan negara.