Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
mahasiswa sara
Kredit: Bernama
Tiada Kategori

Mahasiswa Cadang Penyaluran SARA Diperluas Kepada E-Dompet

Sofea

Mahasiswa Cadang Penyaluran SARA Diperluas Kepada E-Dompet

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) — Perwakilan UMNO mencadangkan supaya kaedah penyaluran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diperluas kepada e-dompet bagi mengoptimumkan penggunaan bantuan itu dalam kalangan mahasiswa.

Mohamad Amar Aidid Mohd Zain, yang mewakili mahasiswa, berkata golongan itu lebih bergantung pada pembelian makanan siap, sekali gus menjadikan bantuan melalui e-dompet lebih praktikal.

“Mahasiswa tidak dibenarkan memasak di kampus, jadi kami tidak membeli beras, telur atau minyak masak. Jika penyaluran (SARA) diberikan dalam kad pengenalan, langkah itu merumitkan mahasiswa untuk menggunakan inisiatif yang baik ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan ucapan dasar Presiden UMNO bersempena dengan Perhimpunan Agung UMNO 2025 di sini hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau memohon pucuk pimpinan UMNO supaya membawa perkara itu kepada Kabinet untuk dipertimbangkan.

BACA JUGA: Kategori Penerima & Jumlah Bayaran STR 2026

Bantuan SARA untuk golongan bujang yang layak hingga RM100 sebulan dikreditkan menerusi MyKad bermula semalam dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasar raya dan kedai berdaftar.

Semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas pula akan menerima RM100 secara sekali beri mulai 9 Feb ini.

Sementara itu, perwakilan Perak Datuk Dr Azhar Ahmad mengusulkan supaya gagasan Rumah Bangsa tidak hanya melibatkan pemimpin politik, tetapi golongan akademik dan profesional tanpa mengira aliran pemikiran barat atau tempatan.

Beliau berkata Rumah Bangsa perlu bersifat inklusif dan tidak hanya sekadar melindungi golongan elit politik, sebaliknya menjadi tempat bernaung orang Melayu pelbagai peringkat.

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam ucapan dasar semalam berkata UMNO berperanan sebagai Rumah Bangsa, iaitu tempat untuk menyatukan kembali orang Melayu.

Sumber: BERNAMA